Konsensus Pakar Terhadap Pembinaan Komponen Utama Kompetensi Guru Pendidikan Islam Berdasarkan Prinsip Asas Maqasid Syariah: Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi

Muhammad Asraf Mazlan, Najahudin Lateh

Journal of Fatwa Management and Research(2021)

引用 1|浏览0
暂无评分
摘要
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan konsensus atau kesepakatan pakar terhadap pembinaan komponen utamakompetensi khusus bagi Guru Pendidikan Islam (GPI) berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam Maqasid Syariah. Kajian ini juga bagi menentukan ranking (turutan keutamaan kedudukan) bagi setiap komponen yang dihasilkan. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kaedah Fuzzy Delphi atau Fuzzy Delphi Method diaplikasikan dengan menggunakan skala Likert 7 poin bagi mendapatkan konsensus 10 orang pakar daripada pelbagai bidang yang terlibat sebagai informan. Borang soal selidik dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu; (1) Bahagian A: Demografi Pakar; dan (2) Bahagian B: Komponen Utama iaitu Religiositi, Spiritual dan Fizikal, Intelektual dan Kemahiran, Personaliti, dan Pengurusan dan Kepimpinan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Triangular Fuzzy Numbers (Pernomboran Segi Tiga Fuzzy). Manakala ranking pula ditentukan melalui Defuzzication Process (Proses Defuzzication). Hasilnya, pandangan pakar telah mencapai tahap konsensus melebihi 75 peratus (%). Nilai threshold juga menepati syarat yang ditetapkan iaitu kurang daripada 0.2 (d<0.2) dan α-cut melebihi 0.5. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa aplikasi Maqasid Syariah dalam reka bentuk komponen utama kompetensi khusus bagi Guru Pendidikan Islam dilihat amat signifikan terhadap transformasi ilmu dan pendidikan. Kewujudan bentuk kompetensi seperti ini menjadi titik tolak terhadap pembinaan kompetensi yang khusus mengikut bidang dan opsyen para guru. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan suatu dimensi baharu bagi dunia pendidikan seterusnya mengangkat profesion perguruan ke tahap yang lebih tinggi.
更多
查看译文
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要