Pembangunan Profesional Digital Guru Sekolah Rendah di Negeri Perak

Goh Kok Ming,Zaidatun Tasir

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities(2023)

引用 0|浏览0
暂无评分
摘要
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pembangunan profesional digital dan perbezaan pembangunan profesional digital dengan faktor demografi dalam kalangan guru sekolah rendah di negeri Perak. Seramai 375 orang guru sekolah rendah negeri Perak yang dipilih berdasarkan teknik pensampelan rawak kluster dan teknik pensampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang diadaptasi untuk mengkaji pembangunan profesional digital guru yang terdiri daripada enam dimensi. Semua dapatan dalam kajian ini dianalisis dan diproses oleh komputer menggunakan program SPSS versi 27.0 secara statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pembangunan profesional digital guru adalah tinggi (min=4.00). Kajian ini juga memberi maklumat bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pembangunan profesional digital dengan faktor demografi iaitu jantina dan penerimaan latihan dalam kalangan guru sekolah rendah. Cadangan bagi kajian selanjutnya adalah dengan melibatkan guru sekolah menengah agar pembangunan profesional digital guru sekolah menengah dapat diketahui dan dikaji.
更多
查看译文
关键词
digital
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要