Kamus Dewan Perdana: Tinjauan Maklumat Etimologi

Melayu(2023)

引用 0|浏览1
暂无评分
摘要
Pada tahun 2020, Kamus Dewan Perdana (KDP) telah muncul di pentas sejarah sebagai kamus Melayu yang terbaik sejak penerbitan kamus Wilkinson pada 1932, iaitu hampir seratus tahun lalu. Antara aspek KDP yang terserlah dan harus dipuji ialah menampilkan maklumat etimologi dalam sebahagian entrinya. Dalam tulisan ini, hanya beberapa etimologi daripada 7000 etimologi dalam KDP yang dipilih sebagai data yang dibandingkan dengan format dan kandungan dalam kamus umum yang lain. Maklumat etimologi yang dipilih itu termasuklah informasi dalam entri yang melibatkan kata warisan mahupun kata pinjaman. Masalah kemusykilan dan kelompangan maklumat etimologi KDP turut ditinjau. Dengan menyemak pada contoh pilihan tersebut, ternyata sebarang semakan KDP untuk maklumat etimologi harus berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang dibincangkan dan diputuskan bersama.
更多
查看译文
关键词
tinjauan maklumat etimologi
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要