Integriti dalam pengambilan dan pemilihan pegawai polis diraja malaysia

e-Bangi(2021)

引用 0|浏览0
暂无评分
摘要
Dalam usaha untuk menjadi agensi penguatkuasa utama yang profesional, kompeten dan komited bekerja dengan masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat memerlukan sumber manusia yang berintegriti tinggi. Pelbagai usaha pengukuhan integriti warga polis dilaksanakan termasuk penerapan modul integriti dalam latihan, pemakaian lencana “Integriti Amalan Kita”, pelancaran Pelan Integriti PDRM serta penubuhan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Namun imej PDRM dibayangi dengan pelbagai pelanggaran integriti oleh entitinya seawal dalam tempoh lima tahun perkhidmatan mereka. Kajian bersifat ontologi ini meneroka dan menganalisa fenomenologikal amalan integriti dalam proses pengambilan dan pemilihan pegawai polis yang diimplimentasi PDRM. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes, berlandaskan kepada data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi menerusi kaedah temubual separa berstruktur ke atas seramai 30 informan dalam kalangan pegawai polis di seluruh negara yang dipilih menerusi teknik persampelan bertujuan. Manakala data sekunder diperolehi menerusi kajian dokumentasi dan kepustakaan. Kajian ini berteraskan kepada Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dan Teori Integriti Organisasi Kepolisan. Dapatan kajian menunjukkan proses pengambilan dan pemilihan yang diimplimentasi PDRM menitikberatkan elemen integriti namun wujud kelemahan dalam aspek perlaksanaan seperti pengaruh luar, penipuan, salah guna kuasa dan kelemahan sistem, namun ianya boleh diatasi menerusi penglibatan agensi luar, pengukuhan sistem dan pemurnian proses pengambilan dan pemilihan.
更多
查看译文
关键词
malaysia
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要