Variasi Dialek Pulau Pinang: Analisis Geolinguistik

Jurnal Bahasa(2023)

引用 0|浏览1
暂无评分
摘要
Geolinguistik menggabungkan geografi dan linguistik, serta menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk memeta dan mencari sempadan dialek sesuatu bahasa dengan tepat varian leksikal dalamnya. Dialek Melayu di negeri Pulau Pinang yang bersempadan dengan negeri Kedah, Perlis dan Perak dikenal pasti menggunakan teknologi GIS. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti penggunaan dan penyebaran variasi leksikal “kapal”, “kuih” dan “panas”, serta menjana pemetaan isoglos dan kolopret variasi leksikal ini di negeri Pulau Pinang dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian Geolinguistik ini dimulakan dengan pengumpulan data leksikal yang dibuat melalui kajian lapangan di 27 buah kampung di seluruh daerah di negeri Pulau Pinang. Jumlah kampung yang sedikit disebabkan oleh saiz Pulau Pinang yang kecil. Seramai 123 responden daripada generasi tua dan muda telah disoal siasat. Kajian ini telah membuktikan bahawa varian leksikal “kapal”, “kuih” dan “panas” adalah berbeza-beza. Varian ini dapat membantu penemuan dialek baharu, iaitu Pulau Pinang, Kedah, dan Patani Sik, serta menandakan penyebaran ini dengan tepatnya.
更多
查看译文
关键词
analisis geolinguistik
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要