Drama adaptasi korea: suatu analisis terhadap pemaparan islam dalam drama monalisa

Nazra Alif Nazri, Nurul Akqmie Hisham,Abdul Latiff Ahmad

e-Bangi Journal of social science and humanities(2022)

引用 0|浏览0
暂无评分
摘要
Dasawarsa ini, antara corak dalam penghasilan drama tempatan adalah merupakan drama adaptasi yang diambil daripada negara luar terutama Korea. Perkara ini turut dilihat berpunca daripada pengaruh gelombang Korea yang melanda negara bermula seawal tahun 2000. Justeru, isu ini turut memberi kebimbangan kepada masyarakat apabila berlaku pelbagai kes dan sentimen kurang baik yang melibatkan budaya dan agama Islam dengan kehadiran gelombang popular Korea ini di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat apakah bentuk pemaparan agama Islam yang ditonjolkan oleh pembuat teks menerusi pembikinan drama adaptasi Korea. Dari situ, pengkaji akan dapat mengetahui jika wujudnya tembusan dan silang budaya yang berlaku di dalam drama adaptasi tersebut. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini pula adalah melalui pendekatan kualitatif analisis tekstual ke atas drama Monalisa yang diadaptasi daripada siri popular Korea Two Woman’s Room. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa walaupun drama ini merupakan sebuah drama adaptasi namun penghasilan dan penggunaan kepada elemen agama serta ajaran Islam itu amat meluas dan masih dipertontonkan kepada masyarakat dengan jelas dan tepat. Ini juga dilihat sebagai satu inisiatif amat baik yang telah diambil oleh pembuat teks dalam memberi pencerahan dan mendidik penonton ke arah nilai yang lebih baik.
更多
查看译文
关键词
korea
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要