Tahap pengetahuan patriotisme pemimpin sekolah agama di malaysia

Mohd Nashahrudin Mat Daud,Mohd Sobhi Ishak

e-Bangi Journal of Social Science and Humanities(2022)

引用 0|浏览0
暂无评分
摘要
Dewasa ini wujud pelbagai bentuk tindakan dan provokasi yang bertentangan dengan budaya dan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan pemimpin sekolah yang dikatakan tidak patriotik. Makalah ini memberi tumpuan mengenai kesedaran pemimpin sekolah agama yang terdiri daripada Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SABK) terhadap tahap pengetahuan pemimpin sekolah agama berkenaan pengetahuan nilai patriotisme. Masalah kurangnya kesedaran terhadap nilai patriotisme sudah tentu akan menggugat dan menghalang penerapan, pemupukan nilai dan semangat patriotisme sebagai unsur pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu. Seramai 263 pemimpin sekolah agama di Malaysia terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang dianalisis secara deskiptif. Keseluruhan pengukuran intsrumen iaitu konsep patriotisme dan patriotisme dalam perlembagaan yang menjadi konstruk utama untuk menilai tahap pengetahuan pemimpin sekolah agama berkenaan patriotisme. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran pemimpin sekolah agama terhadap nilai patriotisme adalah tinggi. Tahap kesedaran pemimpin sekolah terhadap patriotisme dalam perlembagaan juga tinggi dan menunjukkan bahawa pemimpin sekolah agama yang berjiwa patriotik mampu menjadi faktor perantara atau agen perubahan terhadap ikatan perpaduan masyarakat dan murid-murid pelbagai etnik di Malaysia.
更多
查看译文
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要