Tadbir Urus Pengagihan Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah: Kajian di Lembaga Zakat Selangor

Siti Noorbiah Md Rejab,Hairunnizam Wahid,Salmy Edawati Yaacob

Sains Insani(2022)

引用 0|浏览0
暂无评分
摘要
Tadbir urus dalam sesebuah organisasi merupakan faktor penting dalam menentukan objektif dan matlamatnya tercapai. Tadbir urus yang baik adalah institusi yang bertanggungjawab, telus dan adil. Prinsip-prinsip ini akan memastikan pencapaian matlamat dan objektif institusi. Bagi institusi zakat, tadbir urus yang baik dapat menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan dana zakat. Pemeriksaaan dan kawalan dari pelbagai mekanisme tadbir urus penting kerana institusi zakat mengawal sumber kewangan yang besar. Justeru, kajian ini akan membincangkan tadbir urus pengagihan zakat dilihat dari segi bantuan dan skim yang diberikan kepada asnaf berdasarkan pendekatan Maqasid Syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan perolehan data sekunder melalui dokumentasi, historika dan observasi penyelidik. Hasil kajian mendapati tadbir urus pengagihan zakat bertepatan dengan prinsip Maqasid Syariah. Kajian ini juga diharapkan boleh membantu institusi zakat dalam menarik lebih ramai pembayar zakat dan seterusnya menjadi rujukan kepada para akademik dan penyelidikan di masa depan.
更多
查看译文
关键词
selangor,kajian
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要