Psikoterapi al-Ghazālī: Kajian Terhadap Maqāmāt dalam Kitab Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn

Islamiyyat(2022)

引用 0|浏览2
暂无评分
摘要
Pelbagai isu dan permasalahan yang berlegar dalam kalangan masyarakat datangnya dari jiwa dan akal yang sibuk diisi dengan keduniaan. Kecintaan manusia kepada dunia membuatkan banyak manusia yang kecewa dengan kehidupan mereka, pelbagai isu jenayah berlaku, peperangan, perebutan kuasa dan akhirnya manusia semakin rakus mengejar dunia tanpa henti. Psikologi dan jiwa manusia semakin lama semakin derita dan akhirnya memilih untuk membunuh diri. Justeru, artikel ini dihasilkan bagi mengenal pasti psikoterapi yang sesuai untuk merawat akal dan jiwa manusia melalui sentuhan hikmah al-Ghazālī menerusi konsep Maqāmāt dalam karyanya Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Dengan menggunakan metode kualitatif, kajian ini mendapati terdapat beberapa Maqāmāt yang terangkum dalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn, antaranya ialah al-tawbah, al-ṣabr, al-zuhd, al-tawakkul, al-maḥabbah, al-ma‘rifah dan al-riḍā. Konklusinya, tujuh Maqāmāt ini merupakan asas kepada pembinaan jati diri seorang mukmin sesuai dengan makna kitabnya menghidupkan ilmu-ilmu agama.
更多
查看译文
关键词
kajian terhadap maqāmāt,al-ghaz
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要