Pencirian dan Perbandingan Serbuk Aloi Titanium (TI6AL4V) yang Digunakan dalam Peleburan Laser Selektif (SLM)

Sains Malaysiana(2022)

引用 1|浏览0
暂无评分
摘要
Ciri serbuk aloi titanium (Ti6Al4V) yang digunakan dalam pembuatan aditif logam (MAM) amat penting dalam menjamin mutu produk yang dihasilkan. Salah satu teknologi dalam MAM adalah Peleburan Laser Selektif (SLM). Mesin pencetakan SLM telah dibangunkan oleh beberapa syarikat seperti SLM Solutions Group AG dan Renishaw PLC. Bagi menjamin kualiti produk mesin masing-masing, setiap syarikat menghasilkan serbuk logam tersendiri. Hal ini membataskan potensi penggunaan SLM kerana pengguna tidak boleh menggunakan serbuk logam mereka sendiri. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan antara serbuk Ti6Al4V yang dihasilkan oleh SLM Solutions dan Renishaw, dan juga menentukan ciri serbuk Ti6Al4V yang sesuai untuk kaedah SLM. Pencirian sampel serbuk telah dilakukan bagi mengkaji bentuk dan saiz zarah, rencaman kimia dan struktur kristalografi. Sampel serbuk Ti6Al4V daripada SLM Solutions dan Renishaw masing-masing ditandakan sebagai S1 dan S2. Analisis SEM menunjukkan sampel S2 mempunyai bentuk sfera yang lebih sempurna berbanding sampel S1. Analisis rencaman kimia menunjukkan kedua-dua sampel mempunyai taburan unsur kimia yang serupa dengan nilai kajian lampau. Selain itu, analisis taburan saiz zarah menunjukkan saiz zarah S1 dan S2 adalah kurang daripada 45 µm dengan nilai tersebut masih dalam lingkungan yang boleh diterima dalam MAM iaitu 10 hingga 60 µm. Analisis XRD menunjukkan kedua-dua sampel mempunyai puncak keamatan dan struktur kristal berbentuk heksagon yang serupa. Diharapkan makalah ini dapat dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menghasilkan sendiri serbuk Ti6Al4V bagi penggunaan proses fabrikasi SLM.
更多
查看译文
关键词
Powder characterisation,selective laser melting (SLM),Ti6Al4V
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要