Pengoptimuman Parameter bagi Selulosa Tandan Kosong Kelapa Sawit (TKKS) Teresterifikasi

Sains Malaysiana(2021)

引用 1|浏览2
暂无评分
摘要
Pengubahsuaian kimia terhadap selulosa tandan kosong kelapa sawit (TKKS) menggunakan agen pengesteran asid etilena diamina tetraasetik (EDTA) dan asid asetik (AA) dengan parameter yang berbeza dikaji dan dioptimumkan. Pada peringkat awal, pulpa TKKS telah dirawat menggunakan empat peringkat pelunturan (D-E-E-D) untuk menghasilkan selulosa TKKS. Seterusnya, selulosa TKKS melalui proses esterifikasi menggunakan AA dan EDTA yang dibantu oleh sistem pemanasan gelombang mikro bagi tujuan penambahbaikan keberkesanan pengesteran. Pengaruh parameter pra-rawatan terhadap kestabilan termal dan perubahan kumpulan berfungsi dioptimumkan dengan menggunakan reka bentuk komposit pusat (CCD), pemodelan permukaan tindak balas (RSM) diikuti dengan analisis termogravitometri (TGA) dan analisis kumpulan berfungsi (FT-IR). Didapati terdapat perbezaan ketara (produk esterifikasi) berlaku kepada selulosa TKKS yang diubah suai menggunakan EDTA berbanding AA pada suhu yang tinggi. Data RSM menunjukkan suhu, masa, dan kepekatan bahan kimia yang dioptimumkan untuk selulosa-AA adalah pada suhu 90 °C, 46 min dan kepekatan 8.18, manakala selulosa-EDTA adalah pada suhu 100 °C, 70 min dan kepekatan 0.7. Berdasarkan analisis CCD, keputusan menunjukkan bahawa rawatan selulosa TKKS dengan agen pengesteran EDTA adalah lebih baik berbanding dengan AA.
更多
查看译文
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要