Analisis Hubungan Semantik Pada Perkataan Qurūnan ( ق رُوُنًا ) dalam Al-Quran

Asma Abdul Rahman, Sarah Husna Rashid

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)(2021)

引用 0|浏览0
暂无评分
摘要
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis makna Semantik perkataan Qurūnan dalam Al-Quran. Apakah maksud Qurūnan dalam Al-Quran? Perkataan Qurūnan merupakan istilah generasi atau umat-umat yang lain dalam Al-Quran. Perkataan Qurūnan ( قرونا ) sahaja direkodkan sebanyak tiga kali dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Mukminun, Al-Furqan dan Al-Qisas. Dalam kajian ini, penulis mengumpulkan juga semua ayat yang mengandungi perkataan Qurūnan dari kata dasar yang sama iaitu ق ر ن sama ada berbentuk tunggal atau dalam bentuk jamak. Dari pelbagai makna perkataan, kemudian penulis akan menganalisis makna perkataan Qurūnan dalam setiap ayat dan kemudian makna Qurūnan itu sendiri diterangkan. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks dalam Al-Quran dengan dibantu oleh korpus Al-Quran, Al-Mu’jam Al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran dan Kamus Mu’jam Al-Waseet Edisi Keempat. Hasil carian dalam Korpus Al-Quran menunjukkan bahawa sebanyak 36 ayat berkaitan ق ر ن dikenal pasti manakala hasil carian dalam Mu’jam Al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran pula ada sebanyak 40 ayat dari kata kunci ق ر ن dikumpulkan. Adapun dalam kamus Mu’jam Al-Waseet Edisi Keempat pula menafsirkan 20 makna perkataan yang berbeza. Dapatan ini merumuskan bahawa hubungan semantik sesuai digunakan sebagai kaedah pengumpulan data tekstual secara sistematik bagi mengelakkan keciciran data dan memastikan data yang dikumpul merangkumi bidang kajian.
更多
查看译文
AI 理解论文
溯源树
样例
生成溯源树,研究论文发展脉络
Chat Paper
正在生成论文摘要